Tuesday, July 17, 2012

precious (posted on Jul 9, 2012)

"Thank u so much n of course we luv u n your siblings very much dat we keep on thinking n pray 4 d best 4 u hoping dat we'll be among those who are soleh n muttaqin"

the love of my life :')


impian..

impian..

impian..

nak bwk mak abah jalan2 kt loughborough uni.

explore (posted on Jul 6, 2012)

bismillah

i have been challenging my mind, to start exploring new things. to start dreaming n be confident that all things are possible in this life of mine, if Allah wills. hence the extensive research and googling activities (but somehow in the end banyaaak masa terbazir online je.. bukak website tu, bukak blog ni, bukak page tu.. etc2 )

i need to be out of my comfort zone, to be confident in myself, believe in myself that i am capable of doing anything that Allah decides on me after this. no more negative thinking, no more being jealous of others, no more hoping for something that u dont even have the power of.

"kakhuda, kalau orang sambung belajar oversea, nanti lama kt sana. kang xjumpa jodoh mcm mana?"
"janganlah limitkan diri sebab fikir benda tu je. siapa kata duduk kt malaysia confirm dapat jodoh? entah2 pergi sana baru jumpa.. time sekarang ni lah nak explore banyak benda, time sekarang ni lah nak buat apa yang kita nak buat.. nanti dah ada family, susah.." (lbey kurang macam tula kakhuda cakap)

i really, really NEED that kind of advice. siapa lagi yang aku nak minta pendapat? orang2 yang rapat disekeliling aku, ramai yang dah kahwin, busy, dapat cakap dengan kakhuda ni pun kebetulan sebab kakhuda tengah pantang dan abg hazim xde kt rumah.

rasa sangat tension, sangat sangat, you have no one to talk to, xtahu nak dapat support dari siapa, n u r a single lady trying to decide on your next phase of life, where literally no one even cares about what u r going to do next. they are just going to say "yes u can do it n u'll be fine" to each n every option that u have. faham x? xde siapa kesah aku tercampak ke mana2 pun. hidup aku sendiri2, xd tanggungjawab utama yang mengikat diri aku dari pergi kemana2, basically aku nak kerja johor, sarawak, german, bukak tadika, belajar account, semuanya xde org kesah. jadi rasa sgt tension disitu. bila kena reject dgn khazanah, nangis sebab sedar itu semua kuasa Allah, Allah dah kata bukan kt situ tempat kita. tapi itulah namanya u take charge of ur own life. itulah namanya, u dont have any limit n the world is up for u to discover, the world is literally waiting for u n its ur own will by ur own self that will give the colour of ur future.

i have so many dreams.. yet not all dreams came true. cuma aku pernah terbaca quote ni, xingat dari blog siapa.
"Adakah kita serik untuk bermimpi lagi kerana terlalu banyak mimpi-mimpi kita dikecewakan?"

yup indeed banyak mimpi2 aku dikecewakan.. n yes it does makes me afraid of dreaming again.. to just go with the flow.. bila baca buku sang pemimpi i felt very motivated, very inspired.. dan itu menyedarkan aku supaya tidak berfikiran 'lemau' sepanjang masa.

mak abah bukanlah jenis yang menghalang.. dan mereka sangat terbuka dan percaya utk aku buat keputusan sendiri.. sampai kadang2 macam "apa2lah yang awak suka" so basically mak abah x akan memberikan input atau pengaruh yang sangat kuat..

so that's it.. it's my own life after this.. the year 2012.. i need to be mature. need to take action. need to be willing to take responsibility for my decisions. i hope that Allah will ease my way, will guide me n put me among the pious people.. ya Allah jauhkanlah aku dari pemikiran2 yang negatif dan membazir masa.

-Khairiyah-
4 more days to the age of 23

kuasa (posted on Jul 3, 2012)

bismillah.

rezeki x akan datang bergolek.

Allah is definitely teaching me something.

n I thank Allah for this sharp brief moment of realization, to make me aware that I am indeed nothing. n all that I am now, all that I am capable of, all that I think I can do, is all nothing without His power.

terima kasih Allah, sedarkan aku, hamba yang sangat hina.
terima kasih Allah, this is indeed the thing that I need the most right now.

tula, ingat diri sendiri tu hebat sangat? ingat Allah pun bukan tiap2 masa, astaghfirullah.

subhanallah subhanallah subhanallah

26march1982 (posted on Mar 28, 2012)

26 march is the anniversary of my parents' marriage. 30 years already.

"terima kasih mak abah, sebab besarkan kami dalam Islam. terima kasih jugak sebab bawak pergi umrah. :D "

"abah bg emak bunga secara delivery cantik! :D " -mak

umrah- part 2 (posted on Mar 28, 2012)

Ketika lawatan di kawasan peperangan Uhud, ustaz yang mengiringi kami turut menunjukkan kawasan sebenar berlaku peperangan. Kami berdiri diatas Jabal Rumah atau Bukit Pemanah, dimana sesiapa yang berjaya menawan bukit tersebut akan menguasai peperangan. Di bukit itulah berlakunya ujian daripada Allah kepada umat Islam, dimana sedikit salah faham oleh pasukan pemanag dalam menerima arahan Rasulullah telah membuka peluang kepada Khalid al-Walid mengacau-bilaukan tentera umat Islam. Bukit Pemanah yang ada sekarang kelihatan kecil, sudah diratakan sedikit oleh kerajaan Arab Saudi untuk mengelakkan perkara-perkara khurafat.

Kami juga diingatkan tentang kepentingan melakukan solat jenazah, di mana pada setiap kali selepas sembahyang fardu di Masjid Nabawi pasti akan ada seruan untuk bersolat ke atas mayat wanita/lelaki/kanak-kanak.

Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang mendirikan sembahyang jenazah, maka dia mendapatkan satu qirat (qirat adalah kinayah bagi ganjaran pahala yang sangat banyak). Jika dia menghadiri pengebumiannya maka dia mendapat dua qirat. Satu qirat adalah sama dengan Bukit Uhud. (H.R. Muslim)

Berdiri gagah dibelakang kami adalah banjaran Uhud yang merupakan pasak utama bagi bumi Madinah. Dan mana mungkin dapat ditolak kehebatan ganjaran solat jenazah kalau pahalanya sebesar bukit Uhud itu? Memang seronok mendengar ustaz bercerita dengan suasana dan tempat yang dapat dikaitkan dihadapan mata kami sendiri.

Ladang kurma Saidina Uthman juga ada kisah yang tersendiri. Di ladang tersebut terdapat sebuah telaga yang pada mulanya milik orang Yahudi. Saidina Uthman telah membeli telaga tersebut dan diwakafkan untuk kegunaan kaum Muslimin, dan telaga tersebut masih boleh digunakan sehingga ke hari ini! Subhanallah, betapa banyak pahala saidina Uthman yang mengalir walaupun telah bertahun-tahun meninggal dunia. Itulah pentingnya untuk berfikir tentang pelaburan akhirat yang pasti akan menguntungkan kita.

Masjid Nabawi sangat damai. Suasana petangnya sangat menyeronokkan, kerana kita boleh lihat ramai orang duduk-duduk dan bersantai di perkarangan masjid bersama keluarga masing-masing. Seperti sebuah taman yang luas :D . 3 hari di Madinah sangat singkat bagi aku. Disini jugalah kita mula membiasakan diri dengan kehebatan pak-pak arab dan petugas-petugas perempuan berbahasa 'Malayu' :P

Madinah aku tinggalkan dengan linangan air mata ketika solat Dhuha, dengan penuh pengharapan agar Allah perkenankan aku untuk berada disini lagi satu hari nanti. Kami membuat ziarah wida' di kawasan Maqam Rasulullah s.a.w, dan bersiap-siap untuk berniat ihram nanti dalam perjalanan ke Mekah.

Dari Ibnu Umar, Rasulullah SAW telah bersabda Sesiapa yang mampu/dapat mati di Madinah, hendaklah dia berusaha ke arah itu, sesungguhnya Aku menjadi saksi sesiapa yang mati di sana (Madinah). Hadis riwayat Muslim.
Macam mana untuk menjadikan diri aku 'mampu' mati di Madinah? Perlu belajar, berpindah dan menetap disana mungkin? ;) Sangat cemburu mengenangkan jenazah-jenazah yang mendapat peluang disembahyangkan oleh begitu ramai jemaah dan dikebumikan di perkuburan Baqi'.

umrah- part 1 (posted on Mar 26, 2012)


bismillah.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Tidah sepatutnya (bersusah payah) keluar berlayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang berikut): Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjidil Aqsa di Palestin." (al-Bukhari)

umrah, its like a dream comes true. rahmat dan kasih sayang Allah itu sangat luas, and i cant express my gratitude enough for having the chance to set foot on the holy lands of Makkah and Madinah.

Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.”
(Imam Ahmad)

abah, khairiyah, sarah, mak

setibanya di airport jeddah

Kami tiba di Madinah menjelang Subuh. Disebabkan beberapa masalah, kami tak sempat untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi, walaupun azan telah kedengaran dan hati rasa meronta-ronta nak pergi cari dan ikut orang ramai yg kelihatan berpusu-pusu pergi ke Masjid Nabawi. Sampai di depan hotel, nun dari jauh aku nampak rupa bentuk payung Masjid Nabawi yang sangat dikenali melalui gambar-gambar. Rasa teruja sangat2, dalam hati oh Allah, I am indeed here and just a few steps towards that blessed mosque!

pemandangan yang kelihatan dari depan hotel

Selesai solat Subuh, kemas barang dan mandi, kami terus pergi ke Masjid. Cuaca sejuk dan damai, rasa macam Malaysia pun ada. Berpusing-pusing jugak kami pada mulanya nak cari tempat pintu masuk perempuan. Aku, mak dan sarah berpisah dengan abah untuk mengerjakan solat tahiyatul masjid. Saat aku masuk untuk solat, air mata sudah mula bergenang. Hati tak henti-henti mengucapkan syukur, syukur ya Allah, terima kasih ya Allah atas kesempatan yang diberi ini.
pagi di Madinah al-Munawwarah

Masjid Nabawi memang sangat luas dan cantik. Papan tanda tempat perempuan dan lelaki terletak dengan jelas dan tersusun. Bermacam-macam orang boleh kita lihat, kebanyakannya orang turki, pakistan, arab, malaysia, indonesia. Kalau mahu tempat solat dalam masjid, tempat yg selesa, saf depan, kenalah datang awal setiap kali waktu solat. Bersesak-sesak dan berhimpit-himpit itu perlu dibiasakan, perlu banyak bersabar. Kadang-kadang rasa resah sendiri, dalam kesibukan ingin beribadat, ada yang berjalan di hadapan orang solat, melangkah kepala orang yang sedang sujud, bertolak-tolak sehingga menyakiti orang lain. Astaghfirullah.
perkarangan Masjid Nabawi

“Apa yang berada antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah sebuah taman dari taman-taman syurga.” (HR al-Bukhari)

Selepas solat Zuhur, aku tekad mengajak mak untuk pergi ke Raudhah. Raudhah untuk perempuan hanya dibuka selepas waktu Subuh, Zuhur dan Isyak. Kami masuk melalui Pintu 25, dan selepas Zuhur kami mengikut arus orang-orang yg turut ramai ingin masuk ke Raudhah. Petugas-petugas Arab mengumpulkan kami mengikut negara masing-masing, di mana orang Malaysia, Indonesia dan Brunei akan dikumpulkan di satu tempat. Sabar dan sabar menunggu giliran, akhirnya petugas memberi laluan kepada kami untuk masuk. MasyaAllah, sesak nya tak dapat dibayangkan. Sesak dan berhimpit yang teramat sangat, orang bertali arus mahu masuk ke Raudhah sudah bertolak-tolakan daripada luar. Kami berusaha menyelit untuk ke bahagian hadapan sekali untuk solat sunat. Sementara menunggu untuk mendapat tempat di baris hadapan, kami sudah mula berdoa, kerana sudah pun berada dalam kawasan Raudhah. Berdoalah aku bercucuran air mata dalam himpitan pelbagai ragam dan bangsa manusia dalam ruang Raudhah yang sangat sempit itu. Alhamdulillah, aku, mak dan sarah dapat solat 2 rakaat dan semoga Allah mendengar hajat kami dalam kesempatan yang singkat di Raudhah.

Kami juga dibawa melawat sekitar Masjid Nabawi. Dijelaskan bahawa dinding yang dibina mengelilingi seluruh perkarangan Masjid Nabawi yang ada sekarang adalah kawasan kota Madinah yang asal pada zaman Rasulullah s.a.w. Kami dibawa ke tempat perjanjian/ bai'ah dimana Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Diceritakan juga kawasan laluan dimana Rasulullah s.a.w selalu berlatih menunggang kuda dan bermain panah bersama para sahabat. Kami juga dibawa ke perkuburan Baqi', dan ziarah ke Maqam Rasulullah s.a.w. dari luar Masjid Nabawi, yang mana kawasan Maqam Rasulullah s.a.w bolehdikenali dengan kubah berwarna hijau.

Usaid bin Zahir r.a meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."

Keesokan harinya kami dibawa ziarah ke kawasan-kawasan bersejarah sekitar Madinah. Kami menunaikan solat sunat tahiyatul masjid di Masjid Quba', dibawa ke Masjid Qiblatain, ladang kurma milik Saidina Uthman dan ke kawasan peperangan Uhud.

Paling menyeronokkan bila mendengar kisah-kisah para syuhada' Uhud. Saidina Hamzah yang dibelah dadanya dek kerana dendam Hindun, Mus'ab bin Umair yang kudung kedua-dua belah tangannya ketika mempertahankan panji Islam, Abdullah bin Jahsy yang dikabulkan doanya oleh Allah agar telinga dan hidungnya dipotong ketika perang sebagai bukti pengorbanannya dan Hanzalah yang syahid dan dimandikan oleh para malaikat.

[nak upload gambar tp tenet slow :( ]

beautiful (posted on Dec 26, 2011)

earlier today i was looking at my mother's wedding picture.

she just looked.. beautiful.

and i thought of texting her saying that how beautiful she is on her wedding day.

but somehow i have not been able to finish the message and it was not sent.

due to the lack of courage. and the fact that my eyes were filled with tears by just looking at the pictures.

mixed 2 (posted on Oct 29, 2011)


syifa', welcome to the life of a university student.

as i told u earlier, insyaAllah uia is the best for you.

kakya sendiri pun kecewa terkilan tertanya-tanya kenapa xdapat fly.

kita pun tahu kan, kita dua2 antara 'pelajar cemerlang' sekolah. result spm, alhamdulillah.

mana silapnya? kita tercari2 kalau ada silap yang kita dah buat. tapi ada ke silap sebenarnya?

mungkin ni antara cara Allah nak tegur kita, yg mungkin kita ada fikir yg kita ni lagi hebat dari orang lain.

mungkin juga Allah nak kita ambil pelajaran dan renungan dari cara hidup student yg belajar dekat Malaysia, dan juga untuk menyumbangkan tenaga yang kita ada.

dan mungkin juga, dengan ada nya kita belajar di malaysia, lebih dekat kita dengan mak dan abah. mungkin itu lebih menyenangkan hati mak? x memeningkan kepala abah? who knows, kan. mak ada rasa lega sikit xpayah fikir ada lagi anak dara dia belajar jauh2, abah xpayah fikir nak tolong prepare untuk fly untuk sorang lagi anak dara dia.

mana kita tahu, semua apa yang akan berlaku, akan mudah untuk mak dan abah hubungi kita. mudah untuk kita pulang ke rumah tanpa membimbangkan mak dan abah. dan akan mudah untuk kita memberi pertolongan dan bantuan pada mak dan abah.

maka, bersyukurlah. n do enjoy ur university life. umur syi muda lagi, gunakanlah sebaik-baiknya. macam kakya ni, sedar2 je dah final year. haha :P

____________________________________

"teman-teman baik pada masa itu akan saling bermusuhan kecuali orang2 yg bertakwa" -az-zukhruf

bff- best friends forever. forever tu sampai bila? sampai mati? atau nak sampai akhirat?

everything must begin with the end in mind, atau pun semua benda kena fikir pengakhiran nya macam mana. dalam konteks kita, segala apa yg kita lakukan, kita kena fikir mcm mana pengakhirannya bagi kita di hari akhirat nanti.

________________________

ada video 'penipuan sejarah manusia' yang ada dekat youtube.

ada ditunjukkan, hadis rasulullah tentang 5 fasa sejarah manusia.

aku menangis memikirkan kita sekarang berada di fasa yang keempat, fasa Mulkan Jabariyyan, yang padanya ada fitnah Dajjal. zaman anak2 kita nanti akan lebih mencabar, ujian pasti jauh lagi sukar.

dan aku juga menangis pada perkataan "kemudian Nabi diam". meremang2 bulu roma. itu bermakna hari Kiamat akan terjadi. ya Allah, maha suci Allah. adakah kita akan sempat sampai ke fasa Khilafah yang seterusnya? ya Allah, siapakah yang akan menjadi khalifah yang akan memimpin seluruh dunia ini dimasa zaman kegemilangan Islam nanti. aku sangat sangat teringin nak menyaksikan kebangkitan islam, islam sebagai ustaziatul alam.

tapi aku pelik jugak. kenapa selama ni mcm xpenah dengar pasal hadis ni? macam tak ditekankan dan diingatkan kepada orang ramai. the headline should say, 'hey, we are now in the 4th phase!' dan bukannya 'we are now in the 21st century'.

“Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”
“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”
“Selanjutnya masa kerajaan yang mengigit (Mulkan ‘Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”
“Setelah itu, masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.”
“Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ‘ala minhaj an-nubuwwah).”
“Kemudian beliau (Nabi) diam”.
[Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Huzaifah]

kbm (posted on Jan 21, 2011)

kbm.

join sekali dgn group pemikir. mcm sesat plak kt situ semua budak muda2 je.

slot in-team, bila mana abg suffian mntk cr pasangan duduk berdua, lutut bertemu lutut.

pegang tangan kawan, sambil dengar zikrullah dan cuba untuk lembutkan hati.

"awak pegang tgn kawan awak, awak bayangkan wajah sahabat awak, sahabat yg paling rapat, yg plg banyak berkongsi suka duka dengan awak. sama ada dia adalah yang ada di hadapan awak sekarang, atau dia berada di tempat lain. kalau dia jauh, bayangkan tangan yg di pegang itu tangan dia, bayangkan awak sedang berhadapan dengan dia"

automatically, aku teringat dia yang jauh. dan bila abg suffian suruh peluk kawan yg di depan tu, dan bayangkan itu sahabat yg kita fikirkan dari tadi, aku terus peluk erat2. air mata mengalir laju2. sungguh2. membayangkan sangat2 dia yg jauh tu sedang di peluk sekarang.

hai air mata, time slot awal2 dr pagi smpai ke tghri lgsung keras x mengalir setitik pun. ni xpasal2 mengalir berderai2. teruk sungguh.

mntak maaf munirah, akak nangis lebih2 pulak. xpe, awak pun boleh bygkan akak ni sebagai sahabat awak yg jauh jugak :)

niagara (posted on Oct 17, 2010)






waktu kecik, dari zaman sekolah lagi, angan-angan adalah nak g niagara falls, canada.

ini, di Iguazu Falls, Argentina

i can stare through hours at all of these pics. siap ade pelangi lagi tuuuuuu.

angan-angan yg x akan berubah, nak menjejakkan kaki kt tmpat2 cantik mcm ni.

dan bila hati tengah sesak, fikiran runsing tahap ape ntah, lagi lah byk berangan dan berangan dan berangan dpt terus terbang pergi sini.

siapa yg x akan terpukau kan?

subhanallah.

kalau langit utp pun dah berpuji2 aku ucapkan, apatah lagi pemandangan cantik dan ajaib mcm ni.

____________________

carilah ketenangan, dari lubuk hati yang paling dalam.

astaghfirullah

menangislah, ketika sujud dalam solat, sujud lama2.

al-Fath:4

Allah, berikan hati aku ketenangan.

young couple (posted on Sep 26, 2010)

bukak pintu kereta, nampak muka alleem senyum dan mengangguk, mempersilakan aku masuk.

"assalamualaikum,"

dan suara alleem yang paling jelas menjawab salam aku.

1st time tahu tentang alleem, bila kuar dgn inah pegi mid valley, tahun bila x igt. time matrik rasanya. inah tunjuk gambar alleem. nampak mcm budak biasa2, budak moden. dan inah pun berceritalah macam2 tentang dia dan alleem, dan bagaimana penerimaan parents masing2.

kali pertama jumpa alleem, di klcc. kua sama2 dgn athirah, nadzirah, aliah. mcm yg athirah kata, nak kenal dengan bakal abg ipar. haha

alleem mostly senyap je. dan bercakap dgn inah je. dan dia nampak macam budak2 biasa, xd apa yg special. yelah, budak basket, dr kuching, sarawak.

sekarang bila aku tgk inah, nampak betapa alleem lah hidup dia. dan aku bahagia lihat dia. apa-apa semua pun dengan alleem. dan nampak sangat inah sayang sgt2 dekat alleem. inah jauh lebih matured dari kami semua, mentally. bila jumpe die, sikap mcm budak2 masih ada. inah sama je dgn inah yg dulu, cuma alleem keutamaan dia.

1st time jumpa alleem, dlm keadaan yg relax, x formal, dan boleh berborak2. alleem sgt peramah dan talkative, dan dialah yang byk bercakap sepanjang dalam kereta. dan dia libatkan aku dlm perbualan dia, kalau aku senyap je xcakap apa2. nampak jelas dia sebagai leader utk inah, dan inah teman setia di sisi dia. nampak perwatakan die yang yakin sebagai seorang suami, yang tahu ad isteri di sisi yang sentiasa perlu di jaga.

sampai aku pulak mcm segan nk mesra2 dgn inah. haha. nak jalan ngn inah, inah mesti crk alleem, dan jalan pegang tangan dgn alleem.

inah bukanlah tempat utama aku utk bercerita macam2, dan aku bukanlah tempat utama inah utk bercerita kisah dan hal peribadi dia. dan aku xreti nk korek rahsia hati inah, nk tahu perasaan dia, nak tahu kisah kehidupan dia yang ikhlas dr mulut dia sendiri.

sakinah dan alleem benar2 jadi qudwah hasanah utk semua orang.

Allah, kami xpernah menyangka inah akan kahwin seawal ini. dan Engkau lagi Maha Tahu, betapa itu yang terbaik untuk dia.

it is nice knowing alleem. knowing that he takes a very good care of one of my sakinah.

stars (posted on Aug 30, 2010)


bak kata dr nurul hasan, dalam lecture transport phenomena;

"the driver's seat is the safest place to be in the car while driving.

why?

because it is designed that way,"

kita lihat bintang-bintang, pasti akan rasa kagum. begitu indah dan hebat, betapa begitu memberi kedamaian dalam hati.

why?

because the stars are designed that way.

bak kata Allah dalam al-Hijr:16, alangkah indahnya :D

_______________________________

lihat bulan penuh, malam 15 ramadhan, lepas selesai solat terawih kt masjid dgn ain dan laila.

indahnya, indahnya.