Tuesday, July 17, 2012

umrah- part 1 (posted on Mar 26, 2012)


bismillah.

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi Muhammad s.a.w. sabdanya: "Tidah sepatutnya (bersusah payah) keluar berlayar (untuk menziarahi mana-mana masjid) kecuali (pergi) ketiga-tiga buah masjid (yang berikut): Masjidil Haram di Mekah, Masjidir Rasul (Masjid Nabawi di Madinah) dan Masjidil Aqsa di Palestin." (al-Bukhari)

umrah, its like a dream comes true. rahmat dan kasih sayang Allah itu sangat luas, and i cant express my gratitude enough for having the chance to set foot on the holy lands of Makkah and Madinah.

Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.”
(Imam Ahmad)

abah, khairiyah, sarah, mak

setibanya di airport jeddah

Kami tiba di Madinah menjelang Subuh. Disebabkan beberapa masalah, kami tak sempat untuk menunaikan solat Subuh di Masjid Nabawi, walaupun azan telah kedengaran dan hati rasa meronta-ronta nak pergi cari dan ikut orang ramai yg kelihatan berpusu-pusu pergi ke Masjid Nabawi. Sampai di depan hotel, nun dari jauh aku nampak rupa bentuk payung Masjid Nabawi yang sangat dikenali melalui gambar-gambar. Rasa teruja sangat2, dalam hati oh Allah, I am indeed here and just a few steps towards that blessed mosque!

pemandangan yang kelihatan dari depan hotel

Selesai solat Subuh, kemas barang dan mandi, kami terus pergi ke Masjid. Cuaca sejuk dan damai, rasa macam Malaysia pun ada. Berpusing-pusing jugak kami pada mulanya nak cari tempat pintu masuk perempuan. Aku, mak dan sarah berpisah dengan abah untuk mengerjakan solat tahiyatul masjid. Saat aku masuk untuk solat, air mata sudah mula bergenang. Hati tak henti-henti mengucapkan syukur, syukur ya Allah, terima kasih ya Allah atas kesempatan yang diberi ini.
pagi di Madinah al-Munawwarah

Masjid Nabawi memang sangat luas dan cantik. Papan tanda tempat perempuan dan lelaki terletak dengan jelas dan tersusun. Bermacam-macam orang boleh kita lihat, kebanyakannya orang turki, pakistan, arab, malaysia, indonesia. Kalau mahu tempat solat dalam masjid, tempat yg selesa, saf depan, kenalah datang awal setiap kali waktu solat. Bersesak-sesak dan berhimpit-himpit itu perlu dibiasakan, perlu banyak bersabar. Kadang-kadang rasa resah sendiri, dalam kesibukan ingin beribadat, ada yang berjalan di hadapan orang solat, melangkah kepala orang yang sedang sujud, bertolak-tolak sehingga menyakiti orang lain. Astaghfirullah.
perkarangan Masjid Nabawi

“Apa yang berada antara rumahku dan mimbarku adalah Raudhah sebuah taman dari taman-taman syurga.” (HR al-Bukhari)

Selepas solat Zuhur, aku tekad mengajak mak untuk pergi ke Raudhah. Raudhah untuk perempuan hanya dibuka selepas waktu Subuh, Zuhur dan Isyak. Kami masuk melalui Pintu 25, dan selepas Zuhur kami mengikut arus orang-orang yg turut ramai ingin masuk ke Raudhah. Petugas-petugas Arab mengumpulkan kami mengikut negara masing-masing, di mana orang Malaysia, Indonesia dan Brunei akan dikumpulkan di satu tempat. Sabar dan sabar menunggu giliran, akhirnya petugas memberi laluan kepada kami untuk masuk. MasyaAllah, sesak nya tak dapat dibayangkan. Sesak dan berhimpit yang teramat sangat, orang bertali arus mahu masuk ke Raudhah sudah bertolak-tolakan daripada luar. Kami berusaha menyelit untuk ke bahagian hadapan sekali untuk solat sunat. Sementara menunggu untuk mendapat tempat di baris hadapan, kami sudah mula berdoa, kerana sudah pun berada dalam kawasan Raudhah. Berdoalah aku bercucuran air mata dalam himpitan pelbagai ragam dan bangsa manusia dalam ruang Raudhah yang sangat sempit itu. Alhamdulillah, aku, mak dan sarah dapat solat 2 rakaat dan semoga Allah mendengar hajat kami dalam kesempatan yang singkat di Raudhah.

Kami juga dibawa melawat sekitar Masjid Nabawi. Dijelaskan bahawa dinding yang dibina mengelilingi seluruh perkarangan Masjid Nabawi yang ada sekarang adalah kawasan kota Madinah yang asal pada zaman Rasulullah s.a.w. Kami dibawa ke tempat perjanjian/ bai'ah dimana Abu Bakar diangkat menjadi Khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Diceritakan juga kawasan laluan dimana Rasulullah s.a.w selalu berlatih menunggang kuda dan bermain panah bersama para sahabat. Kami juga dibawa ke perkuburan Baqi', dan ziarah ke Maqam Rasulullah s.a.w. dari luar Masjid Nabawi, yang mana kawasan Maqam Rasulullah s.a.w bolehdikenali dengan kubah berwarna hijau.

Usaid bin Zahir r.a meriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Satu sembahyang di dalam masjid Quba' diberi pahala seperti menunaikan satu ibadat umrah."

Keesokan harinya kami dibawa ziarah ke kawasan-kawasan bersejarah sekitar Madinah. Kami menunaikan solat sunat tahiyatul masjid di Masjid Quba', dibawa ke Masjid Qiblatain, ladang kurma milik Saidina Uthman dan ke kawasan peperangan Uhud.

Paling menyeronokkan bila mendengar kisah-kisah para syuhada' Uhud. Saidina Hamzah yang dibelah dadanya dek kerana dendam Hindun, Mus'ab bin Umair yang kudung kedua-dua belah tangannya ketika mempertahankan panji Islam, Abdullah bin Jahsy yang dikabulkan doanya oleh Allah agar telinga dan hidungnya dipotong ketika perang sebagai bukti pengorbanannya dan Hanzalah yang syahid dan dimandikan oleh para malaikat.

[nak upload gambar tp tenet slow :( ]

No comments:

Post a Comment